Ukhuwah Sejati

BaNneR

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

AkTiViTi TeRKiNi PERPIS EhSaN




Kem Bestari Solat Kali Kedua

Tambah kapsyen
Kem Bestari Solat kali kedua ini diadakan pada 07.08.2010 bersamaan dengan 26 Syaban 1431 H yang bertempat di Masjid Baiturrahman, Bt 2, Jalan Apas, Tawau. Seramai 60 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga Tingkatan 3 yang mengikutinya. Penasihat PERPIS Ehsan ialah Ckg Satuwo Hj Saidi dan Pengarah bagi program ini ialah Saudari Putri Nurluna dari Tingkatan 2. Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga pukul 4 petang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih dan mempersiapkan diri para pelajar dalam menghadapi bulan suci Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba.

Pelbagai acara yang menarik sepanjang program ini di jalankan. Antara ialah Kuliah Dasar, Latihan Dalam Kumpulan, Tayangan Amal dan banyak lagi. Kuliah Dasar yang pertama telah disampaikan oleh Ckg Saifudin Naldi yang bertajuk Sahur dan Berbuka Puasa. Seterusnya Kuliah Dasar kedua yang disampaikan oleh Ckg Arman berkenaan tentang Puasa di Bulan Ramadhan. Manakala Kuliah Dasar yg terakhir disampaikan oleh Ckg Ratna berkenaan tentang Tips Menghadapi Ramadhan.





























Antara Ahli Jawatankuasa PERPIS yang terlibat dalam Kem Bestari Solat kali kedua.